JURNAL
LAWATAN KE MUZIUM NEGARA,KUALA LUMPUR
NURUL FAZLINA BINTI MOHD FAIZOL
17DHK14F1103
26 HB OGOS 2014
PUKUL 7:00 PAGI-1.30 PETANG
Di hening pagi yang cukup mendamaikan
itu, di saat margastua mulai keluar dari tempat persembunyiannya, serta
burung-burung pun turut berkicau mendendangkan irama lagu-lagu nan indah buat
memberikan ketenangan kepada seluruh penghuni alam; Pada pagi itu,kami
berkumpul seawal pukul 6.30 pagi untuk pergi Lawatan Ke Muzium Negara,Kuala
Lumpur. Seramai 37 orang pelajar,1 seorang guru pengiring iaitu ENCIK MOHAMAD
KAZAR dan 2 orang pemandu.Kami bertolak dari Politeknik Sultan Idris Shah pada
pukul 7.00 pagi. Perjalanan kami mengambil masa lebih 3 jam untuk sampai ke
destinasi kami.
Tepat pukul 10.15 pagi kami tiba di
Muzium Negara,Kuala Lumpur.Pelbagai rasa perasaan yang ada apabila kami tiba di
sana. Perjalanan kami menuju ke arah kaunter tiket ,kemudian menyulusuri galeri
yang terdapat di dalam muzium tersebut iaitu Galeri A,Galeri B,Galeri C dan
Galeri D.
Galeri A : Sejarah Awal
Galeri ini menyusur-galurkan evolusi pembentukan muka bumi dan asal usul
masyarakat awal di Malaysia, yakni jumpaan alat batu Zaman Paleolitik (200,000
tahun dahulu) sehinggalah artifak peninggalan candi Hindu-Buddha di Lembah
Bujang pada Zaman Proto Sejarah. Antara koleksi lain yang diperagakan
termasuklah berbagai jenis tembikar Zaman Neolitik, barang-barang perhiasan
seperti gelang batu, anting-anting kulit siput serta manik-manik yang digunakan
sebagai barang dagangan. Salah satu artifak berharga yang dipamerkan ialah
loceng Dong Son yang bertarikh 150 tahun Masihi.
Koleksi lain yang menarik di galeri ini termasuklah replika rangka Perak
Man yang bertarikh 10,000-11,000 tahun dahulu diekskavasi di Gua Gunung Runtuh,
Lenggong, Perak. Ia merupakan rangka manusia yang tertua dan hampir lengkap
yang ditemui di Asia Tenggara. Selain itu, pengkebumian prasejarah yang
merangkumi pengkebumian tempayan, keranda kayu balak, kubur kepingan batu turut
dipaparkan untuk tujuan mengetahui sistem ritual dan struktur organisasi sosial
masyarakat lampau.

Galeri B: Kerajaan-kerajaan Melayu
Galeri ini mempamerkan bukti-bukti sejarah perkembangan tamadun Melayu
menerusi pembentukan kerajaan-kerajaan Melayu di seluruh Nusantara dengan
tumpuan khusus kepada kerajaan-kerajaan Melayu yang wujud di Semenanjung Tanah
Melayu dan Kepulauan Borneo.
Kemunculan kerajaan-kerajaan tersebut membuktikan kewujudan suatu sistem
pemerintahan yang tersusun dan sistematik di rantau ini seawal abad ke-2 Masihi
yang disertai dengan pencapaian dalam bidang sosio-ekonomi khasnya perdagangan
antarabangsa serta perkembangan dalam ciri-ciri kebudayaan dan kepercayaan
rumpun Melayu.
Fokus utama galeri adalah berkisar kepada Kerajaan Melayu Melaka yang
menjadi episod penting dalam sejarah negara. Melaka bukan sahaja terkenal
sebagai pusat perdagangan antarabangsa yang masyhur bahkan bangkit sebagai
sebuah kerajaan yang gemilang dan agung di Asia Tenggara serta berjaya
mewujudkan satu bentuk sistem pemerintahan beraja yang menjadi ikutan kepada
kerajaan-kerajaan yang wujud selepasnya.
Galeri C : Era Kolonial
Galeri ini memaparkan sejarah negeri-negeri Melayu termasuk Sabah dan
Sarawak ketika berada di bawah cengkaman kuasa asing bermula dari penjajahan
Portugis pada tahun 1511 ke atas Melaka. Rentetan pencerobohan ini, kuasa-kuasa
asing silih berganti kepada Belanda hingga penguasaan British dan Jepun di
samping ancaman Siam berterusan menjajah Bumi Melayu.
Tarikan kuasa asing terhadap Bumi Melayu adalah kerana hasil bumi yang
kaya dengan rempah dan bahan mentah. Mereka datang untuk menguasai perdagangan
rempah dan mengeksploitasi bahan mentah khususnya bijih timah yang mendapat
permintaan tinggi di Eropah semasa tercetusnya Revolusi Perindustrian pada
kurun ke-18. Penguasaan kuasa-kuasa asing ke atas negara ini berlarutan
melebihi 400 tahun. Sepanjang tempoh ini menyaksikan kekayaan negara dibolot,
kemasukan imigran dari Cina dan India dan penindasan terhadap anak tempatan
yang membawa kepada bibit kesedaran untuk bangkit mempertahankan ketuanan di tanahair sendiri.
Turut dimuatkan adalah kesan dan perubahan-perubahan yang dibawa dan
ditinggalkan oleh penjajah dari aspek politik, sosial dan ekonomi.

Galeri D : Malaysia Kini
Galeri ini menyingkap sejarah gerakan nasionalisme yang dipelopori oleh
tokoh-tokoh kebangsaan sehinggalah kepada penubuhan Pertubuhan Kebangsaan
Melayu Bersatu atau UMNO (United Malay National Organisation) pada tahun 1946.
Kelantangan suara menuntut hak dan pembebasan sepenuhnya dari tangan British
telah diperjuangan pelbagai pihak dari pelbagai kaum sehinggalah negara ini
akhirnya kembali merdeka sebagai sebuah negara yang bebas dan berdaulat pada 31
Ogos 1957 menerusi meja rundingan.
Pada 16 September 1963 negara maju setapak lagi dengan kemasukan Sabah,
Sarawak dan Singapura (1963-1965). Penubuhan Malaysia telah mewujudkan satu
entiti politik yang kukuh dan bersepadu sehingga ke hari ini. Perpaduan kaum,
kestabilan politik yang bertunjangkan sistem pemerintahan raja berperlembagaan
dan demokrasi berparlimen serta pencapaian-pencapaian negara yang membanggakan
termasuk pembangunan fizikal yang bersifat moden, mega dan mencakar langit
turut menjadi paparan galeri ini.

Akhir sekali,kami pun pulang pada pukul 2 petang dan sampai di POLITEKNIK SULTAN IDRIS SHAH pada pukul 5 petang. Itu sahaja jurnal yang dapat saya buat sepanjang lawatan kami.sekian terima kasih.
http://syasyaarwin42.blogspot.com/2014/08/v-behaviorurldefaultvmlo.html?m=1
ReplyDeletehttp://izyansopri.blogspot.com/2014/08/lawatan-sambil-belajar-ke-muzium-negara.html
ReplyDeletehttp://thasusasakuroto.blogspot.com/
ReplyDeletelaporan bukannya gubahan lagu.....
ReplyDelete