SITI
FARAH UMAINA BT MOHD ZULKARNAIN ( 17DHK14F1196 )
Tajuk program : LAWATAN
KE MUZIUM NEGARA
Masa Dan Tarikh : 10.00A.M. 26 Ogos 2014 ( Selasa )
Tempat : MUZIUM
NEGARA
Objektif
:
·
Menambahkan ilmu pengetahuan kepada
pelajar dan pelancong tentang khazanah silam atau bahan-bahan berkaitan
sejarah.
·
Melaksanakan kajian dan penyelidikan
mengenai sejarah, budaya dan bahan-bahan yang dikumpul
·
Dapat mendidik dan menanam semangat
mencintai dan menghargai budaya dan warisan negara melalui pameran-pameran tersebut.
·
Mengetahui dan mempelajari lebih
mendalam tentang sejarah Malaysia.
Laporan
Kelas DHK 1C telah mengadakan lawatan sambil belajar
ke Muzium Negara di Kuala Lumpur pada 26 Ogos 2014 bersamaan hari Selasa
seramai 37 orang pelajar dan seorang pensyarah.
Sebelum bertolak, kami diberi taklimat ringkas oleh
pesyarah kami iaitu, Encik Muhamad Kaza Bin Razali. Tepat jam 7.00 pagi kami
bertolak dari Politeknik Sultan Idris Shah ke Muzium Negara. Semasa perjalanan,
para pelajar diberi sarapan roti dan air kotak.
Pada jam 10.30 pagi, kami tiba di Muzium Negara. Kami
disambut oleh pegawai Muzium Negara iaitu Encik Badrul Hisham Bin Abdul Rahman
dan Puan Fadhliatun Binti Azmi dengan mesranya. Kami telah dibawa melawat ke
sekitar Muzium Negara. Mengikut apa yang disampaikan oleh pegawai tersebut,
Muzium Negara mempunyai empat galeri iaitu Galeri A dimana ia mengisahkan
tentang sejarah awal dunia. Manakala Galeri B, mengisahkan tentang
Kerajaan-kerajaan Melayu. Galeri C pula mengisahkan tentang Era Kolonial dan
Galeri D mempamerkan tentang Malaysia Kini.
Setelah melawat kesemua galeri, kami mengadakan sesi
fotografi bersama pegawai-pegawai yang terlibat sebagai satu kenangan yang
pernah kami lalui di Muzium. Terdapat pelbagai kemudahan yang telah disediakan disekitar
Muzium.
Pada jam 12.00 t/hari, kami diberi makan tengah hari
yang disediakan oleh AJK Makanan di cafeteria muzium tersebut. Setelah itu,
kami diberi kebebasan untuk melawat sekitar Muzium tanpa kawalan oleh
pensyarah. Pada jam 1.30p.m, kami diarahkan untuk berkumpul semula untuk pulang
ke PSIS. Maka, disitu berakhir lawatan kami dengan jayanya buat kali pertama.
Pada jam 5.00p.m kami tiba di PSIS dengan selamatnya.
Kesimpulan
Saya telah mengetahui sejarah-sejarah Malayisa dari
zaman dahulu sehingga kini. Pelbagai ilmu telah saya pelajari sepanjang lawatan
ini diadakan. Kita sebagai rakyat Malaysia, perlulah mengambil tahu tentang
sejarah-sejarah supaya kisah silam tidak berulang. Selain itu, kita perlu ada
semangat patriotik dan cintakan Negara.
Terbahagi kepada 4 galeri .
Galeri
A : Sejarah Awal.
·
Zaman Batu
·
Zaman Pra Sejarah
·
Proto Sejarah
Galeri
B : Kerajaan Melayu
·
Kerajaan Melayu sehingga Melaka
Galeri
C : Koloni Era
·
Penjajahan Barat
·
Portugis – Jepun - Inggeris
Galeri
D : Malaysia Kini
·
Bermula bibit nasionalisme.
·
Bagaimana boleh mendapat kemerdekaan
Galeri
A : Sejarah Awal Dunia
Contoh
bukti pada Zaman Neolitik
Galeri
B : Kerajaan Melayu
Sudut
peragaan segmen Baba dan Nyonya
Galeri
C : Era Kolonial
Contoh
Perjanjian Bangkok
Galeri
D : Malaysia Kini
Pengisytiharaan
Kemerdekaan
Pencapaian
Malaysia sejak zaman kemerdekaan hingga kini.
ok
ReplyDelete