Tuesday 23 September 2014

jurnal lawatan Ayu Noor Syafiqah

JURNAL LAWATAN KE MUZIUM NEGARA


Ayu Noor Syafiqah Binti Mokhtar
17DHK14F1073






  Kelas DHK1C telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Muzium Negara pada 26/8/2014 . Seramai 37 orang peserta lawatan yang terdiri daripada pelajar DHK1C dan seorang pengiring yang memantau lawatan kami . Seawal jam 6.30 a.m , kami telah berkumpul di Jabatan Pelancongan Hospitaliti yang terdapat di Politeknik Sultan Idris Shah . Taklimat ringkas telah disampaikan oleh pensyarah kami iaitu En Mohammad Kazar Bin Razali mengenai disiplin dan nasihat .

  Kami telah menikmati sarapan pagi yang telah disediakan oleh AJK makanan . Kami bertolak dari Politeknik Sultan Idris Shah ke Muzium Negara Kuala Lumpur pada pukul 6.40 a.m . Kami tiba di Muzium Negara pada pukul 10.00 a.m . Sebaik sahaja kami tiba , kami disambut oleh dua orang staf Muzium Negara iaitu En Badrol Hisham Bin Abd rahman dan Cik Fadhliatun Binti Azmi . Mereka telah membawa kami melawat sekitar Muzium Negara sambil memberi taklimat dan serba sedikit maklumat tentang sejarah negara Malaysia . Maklumat yang diberikan oleh mereka amatlah berguna untuk kami mempelajari subjek Pengajian Malaysia . 

  Muzium negara dibahagikan kepada empat galeri . Di sana kami dapat lihat beberapa bukti dan khazanah tentang wujudnya penempatan awal dan sejarah perkembangan negara Malaysia .

  • Galeri (A) - Sejarah Awal / Tamadun Manusia 
  • Galeri (B) - Kerajaan Awal Tanah Melayu 
  • Galeri (C) - Penjajahan Tanah Melayu 
  • Galeri (D) - Malaysia Kini                       

  Pada jam 12.00 p.m , kami menikmati makanan tengah hari di cafeteria Muzium Negara yang telah disediakan oleh AJK makanan . Setelah menikmati makanan tengah hari , AJK Multimedia telah menjalankan aktiviti fotografi bersama pengiring kami di sekitar Muzium Negara . Kami diberi peluang melawat sekitar Muzium Negara sekali lagi selama setengah jam . Pada jam 1.30 p.m , kami telah berkumpul di depan pintu masuk Muzium Negara untuk bertolak ke Politeknik Sultan Idris Shah . Di situ , berakhirnya lawatan kami ke Muzium Negara .
  Kesimpulannya , kita haruslah berbangga menjadi rakyat negara Malaysia dan berbangga dengan semangat rakyat Tanah Melayu untuk merdekakan Tanah Melayu . Dengan adanya lawatan ini , kami dapat memahami konsep Pengajian Malaysia yang kami pelajari di politeknik . Akhir sekali , kami juga dapat mengaplikasikan ilmu yang diperolehi daripada lawatan ini dalam pembelajaran yang lebih berkesan dan bermakna .

Jurnal Lawatan ahmad shahir

LAWATAN KE MUZIUM NEGARA

AHMAD SHAHIR BIN SHAMSURI (17DHK14F1111)
PROGRAM

Pada 26 Ogos 2014 pelajar Diploma Hotel dan Katering dari Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti mengadakan lawatan sambil belajar ke Muzium Negara bertempat di Kuala Lumpur. 
OBJEKTIF LAWATAN
  •  Membuka minda pelajar tentang era penjajahan pada masa dahulu
  • Mengenali sejarah awal di Tanah Melayu
  • Memupuk semangat kesejarahwan terhadap diri sendiri.

LAPORAN

 Pada 26 Ogos 2014 bersamaan hari selasa kami telah pergi melawat ke Muzium Negara .Kami telah berkumpul terlebih dahulu di jabatan pelancongan pada jam 6.30 pagi. Kami diberi taklimat terlebih dahulu oleh ketua program dan kira-kira jam 7.00 pagi kami menaiki bas dan diberi sarapan kemudian bertolak ke Muzium Negara .pada jam 10 pagi kami telah tiba di Muzium Negara dengan selamat .kami disambut oleh dua orang pegawai dari Muzium Negara iaitu Encik Badrol Hisyam bin Abdul Rahman dan Puan Fadhliatun binti Azmi.
           Di Muzium Negara, kami dapat melihat pelbagai kraf dan barangan- barangan purba yang digunakan pada masa dahulu. Muzium ini telah memuatkan barangan- barangan bersejarah mengenai Malaysia. Barangan- barangan ini dipisahkan kepada empat galeri iaitu Galeri A, Galeri B, Galeri C dan Galeri D. Di dalam Galeri A menceritakan tentang  sejarah awal bagaimana pembentukan muka bumi dan kehidupan orang pada zaman batu. Pelajar masing-masing membuat catatan dan mendengar penjelasan  daripada pegawai muzium dengan teliti. Galeri  B mempamerkan tentang kerajaan awal yang wujud pada masa dahulu. Galeri C pula mempamerkan tentang era kolonial atau zaman penjajahan. Galeri D pula mempamerkan tentang pembangunan yang telah dicapai oleh Malaysia kini. Setelah selesai melawat semua galeri di muzium Negara ,kami telah mendapat penerangan dengan lebih mendalam mengenai sejarah di malaysia. Lawatan kami diakhiri dengan pemberian cenderahati oleh ketua program dan sesi bergambar bersama pegawai Muzium Negara sebagai tanda-tanda kenangan oleh kami. 
           Pada jam 12.00 tengah hari kami disediakan juadah daripada AJK makanan kami di kafeteria Muzium Negara, terdapat kumudahan lain yang terdapat di muzium seperti tandas, surau dan kedai-kedai. 
           Pada jam 1.30petang kami bertolak pulang ke Politeknik .Maka tamatlah program tersebut .Kami berharap dapat memberi manfaat dan ilmu pengetahuan yang lebih terperinci . Sekian terima kasih.











GAMBAR


Gelang Batu yang dijumpai di tapak perkuburan pada zaman Neolitik

bunga emas

Keris istiadat istana



cop mohor diraja (raja muda kelantan)





Pelajar Diploma hotel dan Katering 1 C (DHK1C)

Jurnal Lawatan Aimi Hafizah

NAMA : AIMI HAFIZAH BINTI AKALUDIN
NO MATRIKS : 17DHK14F1106
1.0 Tajuk Program
Lawatan sambil belajar ke Muzium Negara
 
2.0 Tempoh Pelaksanaan
       Tarikh     :   26 Ogos 2014
 
3.0 Tempat
Muzium Negara
 
4.0 Objektif

     4.1 Mendedahkan Pelajar kepada Sejarah awal Malaysia
     4.2 Menimba ilmu tentang Perkembangan Malaysia
     4.3 Menyediakan peluang bagi Pelajar untuk mendapat pengalaman pengajaran
           di luar bilik kuliah
     4.4 Memperkembangkan kemahiran berinteraksi dan bersosialisasi dengan
           masyarakat
     4.5 Membentuk tingkah laku dan sikap pelajar untuk lebih berdaya saing
 
 
  5.0 AJK Pelaksana
 
Jawatankuasa yang melaksanakan program ini adalah seperti yang berikut :
  • Penasihat : Encik Mohammad Kazar Bin Razali
  • Pengerusi : Muhammad Faris Bin Mohd Khalil
  • Penolong Pengerusi : Amiera Nadzreen Binti Abdul Wahid
  • Setiausaha : Nur Naqib Aliff Bin Aziz
  • Penolong Setiausaha : Nurul Nadhirah Binti Roslan
  • Bendahari : Noor Aliaa Binti Razali
  • Keselamatan : Muhammad Fikri bin Haron
  • Multimedia : Wan Muhammad Fizri Bin Wan Rafai
  • Kebersihan : Izyan Syazwani Binti Sopri
  • Kebajikan : Nurul Safarina Binti Fazil
  • Pengangkutan : Ahmad Shahir Bin Shamsuri
  • Makanan : Annis Hizani Binti Badrul Hisham
 
 
6.0 Aktiviti Pelaksanaan
Bil
Masa
Pekara
Catatan
1
6.30 Pagi
Peserta Rombongan berkumpul Di hadapan Bangunan Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti
- Taklimat oleh Pensyarah
- Pembahagian Makanan Pagi Dari AJK Makanan
 
 
2
6.45 pagi
Bertolak Ke Muzium Negara
 
3
10.00 Pagi
Tiba di Muzium Negara
 
4
10.10 Pagi
Taklimat Mengenai Muzium Negara
- Oleh wakil Muzium Negara
> En. Badrol Hisham Bin Abd Rahman
 
 
 
10.15 Pagi
Lawatan ke Setiap Galeri di Muzium Negara
- Galeri A : Sejarah Awal / Pra Sejarah
- Galeri B : Kerajaan – Kerjaan Awal Melayu
- Galeri C : Era Kolonial
- Galeri D : Malaysia Kita
 
Catatan Diambil oleh Pelajar
 
11.30 pagi
Penyampaian Cenderahati Kepada Wakil Muzium Negara
Penyampaian oleh Pengurusi
7.
12.00 tengah hari
Makan Tengah Hari di Cafe Muzium Negara
 
 
12.30 Tengah hari
Lawatan diteruskan ke Muzium Adat Istiadat
 
 
1.20 Petang
Sesi Bergambar di Hadapan Pintu Masuk Muzium Negara
 
10.
2.00 Petang
Pulang Ke Politeknik Sultan Idris Shah
 
11.
5.00 petang
Tiba di Politeknik Sultan Idris Shah
 
 
7.0 Kumpulan Rombongan
 
37 Pelajar Dari Kelas DHK 1-C
 
8.0 Impak
 
   8.1 Mendapat Kerjasama Daripada AJK Pelaksana Untuk Menjayakan Lawatan ini
   8.2 Pelajar dapat Menimba ilmu tentang sejarah awal Malaysia
   8.3 Pelajar dapat mengaplikasikan Ilmu Sejarah Malaysia dalam Masyarakat Kini
   8.4 Pelajar dapat Menghayati Kegigihan Pemimpin Malaysia ketika Mencapai
         Kemerdekaan
   8.5 Pelajar memahami Kepentingan Kemerdekaan di Malaysia
 
9.0 Laporan
 
Para Pelajar Dari Kelas DHK 1-C telah mengadakan Lawatan sambil Belajar ke Muzium Negara, Kuala Lumpur pada 26 Ogos 2014. Seramai 37 Pelajar termasuk dengan seorang Pensyarah sebagai Pengiring berkumpul di hadapan Bangunan Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti untuk diberi taklimat yang disampaikan oleh Pensyarah, En. Mohammad Kazar Bin Razali tentang agenda lawatan dan tingkah laku disiplin pelajar ketika berada di Muzium Negara . Pengagihan Sarapan Pagi iaitu dua roti krim bersama air kotak oleh AJK Makanan kepada Para Pelajar DHK 1-C ketika menaiki bas. Tepat pada pukul 6.45 pagi, kami bertolak ke Muzium Negara dari Politeknik Sultan Idris Shah. Kami tiba di Muzium Negara pada Pukul 10.00 pagi dan menerima tiket yang diagihkan oleh penolong pengerusi untuk memasuki bangunan Muzium Negara.
Di dalam bangunan Muzium Negara, Kami disambut oleh wakil Muzium Negara, Encik Badrol Hisham Bin Abd Rahman dan Cik Fadhliatun Binti Azmi. Pihak Muzium Negara menyampaikan taklimat ringkas tentang sejarah Muzium Negara dan setiap galeri di dalam bangunan tersebut. Para Pelajar mulakan lawatan ke Galeri A, membawa kami menerokai proses pembentukan muka bumi serta menghayati cara hidup masyarakat awal menerusi setiap artifak yang dipamerkan di sini. Kami juga berpeluang mengenali evolusi alat-alat batu yang digunakan pada zaman Paleolitik, Hoabianh serta Neolitik. Antara artifak yang menarik perhatian ialah Manusia Perak, rangka manusia tertua yang hampir lengkap di Asia Tenggara yang ditemui di Negara ini berusia kira-kira 10,000-11,000 tahun dahulu.
Seterusnya, Kami bergerak ke Galeri B. Galeri ini menelusuri sejarah perkembangan tamadun Melayu menerusi pembentukan kerajaan-kerajaan Melayu di seluruh Nusantara khasnya kerajaan-kerajaan yang wujud di Semenanjung Tanah Melayu dan Kepulauan Borneo. Fokus galeri ini adalah kepada Kerajaan Melayu Melaka yang merupakan era kegemilangan sejarah ketamadunan Melayu-Islam di rantau ini.
Di Dalam Galeri C, Kami menyelusuri peristiwa yang berlaku dari tahun 1511 hingga 1945. Ia memaparkan sejarah kedatangan kuasa asing bermula dari penjajahan Portugis ke atas Melaka pada tahun 1511 yang menandakan berakhirnya zaman Kesultanan Melayu Melaka sehingga pendudukan Jepun. Turut dimuatkan di dalam galeri ini adalah impak yang ditinggalkan oleh penjajah ke atas Tanah Melayu dari sudut politik, sosial dan ekonomi yang membawa kepada asas pembentukan Malaysia pada hari ini.
Akhir sekali, di Galeri D, Galeri ini menyingkap sejarah gerakan awal nasionalisme yang dipelopori oleh tokoh-tokoh kebangsaan daripada pelbagai kaum yang berlatarbelakangkan kepelbagaian parti politik bermula daripada campur tangan Inggeris sehingga mencapai kemerdekaan pada 1957. Galeri ini juga memaparkan pencapaian negara selepas kemerdekaan hingga kini. Selepas tamat lawatan di setiap galeri, kami bergambar bersama dengan wakil Muzium Negara dan menyampaikan cenderahati kepada wakil Muzium Negara oleh Pengerusi kami, Muhammad Faris Bin Mohd Khalil.
Selapas itu, Kami berhenti untuk makan tengah hari di Cafe Muzium Negara dan meneruskan lawatan ke Muzium Istiadat yang member kami Informasi tentang pelbagai adat Istiadat yang ada di Malaysia. Untuk mengakhiri lawatan kami di Muzium Negara dengan bergambar di Hadapan pintu masuk muzium . Tepat apda pukul 2.00 petang, kami bertolak pulang ke Politeknik Sultan Idris Shah. Kami tiba di Politeknik Sultan Idris Shah pada Pukul 5.00 petang.
 
10.0 Penutup
Lawatan ini memberi gambaran kepada para Pelajar tentang Sejarah Masyarakat Melayu Sebelum dan selepas Kemerdekaan Malaysia. Pelajar juga dapat Menghayati Kegigihan Pemimpin Malaysia ketika Mencapai Kemerdekaan Pelajar dan memahami Kepentingan Kemerdekaan di Malaysia supaya masyarakat dapat hidup dalam keadaan aman dan harmoni.
 
11.0 Lampiran
 
     11.1 Gambar
 IMG_20140826_133146
11.1(a) Pintu Depan Muzium Negara
IMG_20140826_131649
11.1 (b) Antara Artifak yang dijumpai di Muzium Negara

JURNAL LAWATAN IZYAN SYAZWANI


NAMA : IZYAN SYAZWANI BINTI SOPRI
NO MATRIK : 17DHK14F1080 



Pada hari Selasa bersamaan 26 haribulan Ogos 2014, kelas DHK 1C daripada Politeknik Sultan Idris Shah telah mengadakan satu lawatan sambil belajar ke Muzium Negara yang  bertempat di Jalan Damansara, Kuala Lumpur. Seramai 37 pelajar DHK 1C menyertai lawatan sambil belajar ini dengan diiringi oleh pensyarah Encik Mohammad Kazar bin Razali.


Antara objektif lawatan dilakukan adalah seperti berikut:
- memberikan pendedahan kepada pelajar-pelajar mengenai sejarah yang berlaku sejak dahulu sehingga kini.
- Memupuk semangat jati diri dan cinta akan agama,bangsa dan negara.
- sebagai wahana mewujudkan pelajar berharmoni dan mempunyai keperibadian yang tinggi untuk memelihara , mengekalkan warisan sejarah negara.
- sebagai bahan tambahan pembelajaran untuk subjek Pengajian Malaysia.


Didalam Muzium Negara, terdapat galeri-galeri yang dipecahkan kepada 4 bahagian
Galeri A : Sejarah Awal
Galeri B :  kerajaan-kerajaan Melayu
Galeri C : Era Kolonial
Galeri D : Malaysia Kini ( bermulanya bibit Nasionalisme)

Galeri A



Zaman Neolitik  



-mereka berevolusi
-Zaman moden batu- menggunakan dinding gua sebagai merakamkan peristiwa-peristiwa yang penting.
-menggunakan hematit dan arang sebagai bahan pewarna lukisan gua.
Zaman Gangsa/logam
-bermula di Vietnam
-dikenali juga sebagai Zaman Besi
-Megalit-penaruh daripada kepulauan Indonesia
-sejarah proto-

periuk tembikar,Kuala Seliusing, patung Buddha berdiri daripada tumbungan. Djumpai di kawasan lombong bijih timah Pengkalan Pagoh, Ipoh, Perak pada tahun 1931




Zaman perdagangan awal seramik dinasti Song (960-1127Masihi)





Galeri B

menyusuri laluan yang menyingkap sejarah kerajaan Melayu Melaka yang menjadi episod penting dalam sejarah negara dimana sejarah kegemilangan dan kejatuhannya. Selain itu, Melaka sebagai pusat perdagangan antabangsa yang terkenal. Kerajaan Melaka juga mempunya struktur pentadbiranserta proses pemerintahan yang sistematik sekaligus menjadi ikutan kepada kerajaan-kerajaan  yang wujud selepasnya.




Model bahtera Majapahit







Galeri C

Menyusuri diorama kapal portugis. seterusnya menyusuri sejarah negeri-negeri Melayu termasuk negeri Sabah dan Sarawak ketika dikuasai oleh kuasa asing

MEJA PERJANJIAN PANGKOR

meja yang digunakan dalam diorama ini adalah meja asal yang digunakan untuk menandatangani Perjanjian Pangkor antara Raja Muda Abdullah dari Perak dengan Gabenor Negeri-Negeri Selat, Sir Andrew Clarke pada 20 Januari 1874 di atas kapal British 'Pluto' di perairan Pulau Pangkor,Perak. Salah satu kandungan perjanjian yang penting ialah klausa ke-6 yang menyebut bahawa Sultan bersetuju "menerima dan menyediakan sebuah kediaman yang bersesuaian untuk seorang pegawai British yang dipanggil sebagai Residen, yang diiktiraf oleh istana, dan yang mana nasihatnya mestilah diminta dan dipatuhi dalam semua perkara selain hal-ehwal agama Islam dan adat istiadat orang Melayu

Syarat ini membuka ruang kepada British untuk menguasai hal ehwal pentadbiran negeri secara tak langsung menerusi peranan Residen mereka yang mana "nasihatnya mesti diminta dan dipatuhi" oleh Sultan. Keadaan ini menjadi punca segala permasalahan yang timbul di Perak  yang akhirnya membawa kepada peristiwa pembunuhan Residen British pertama yang dilantik iaitu J.W.W. Birch pada 2 November 1875. Namun begitu, sistem Residen tetap diteruskan sehinggalah Jepun menawan Tanah Melayu pada tahun 1941.



Sebuah daripada kapal korek Malaysia yang terbesar, dibina pada tahun 1938, dibina semula pada tahun 1963 dan diperlengkapkan khususnya kerja di kawasan 'tailing'. Kapal korek ini bertenaga elektrik dengan 
2 004 kuasa kuda, pontoonnya sepanjang 75 meter dan 19.5 meter dan 19.5 meter lebar. Ia mempunyai 117 pencedok keluli mangan, setiap satu dengan isi padu 0.51 meter, berkemampuan menggali sedalam 31.5 meter.

Tanah dan batu dibuang dibelakang kapal korek di kawasan tailing, membawa batu kelilir, tanah, tanah liat, batu-batu dari mana biji timah didapati.

Galeri D

 menyusuri sejarah gerakan nasionalisme dan bermula bibit-bibit nasionalisme serta perjuangan tokoh-tokoh kebangsaan sehingga penubuhan persatuan yang menuntut kemerdekaan.


 Koleksi kitab-kitab agama tulisan tangan



Berita kejayaan rundingan London





 Basikal tentera Jepun tahun 1941




 Kerusi speaker

Kerusi ini telah dihadiahkan kepada kerajaan Malaysia oleh Dewan Rakyat United Kingdom, Great Britian dan Ireland Utara pada 2 November 1963 sebagai simbol persahabatan dan Malaysia sebagai ahli baru Persatuan Komanwel.












LAMPIRAN