LAWATAN KE MUZIUM NEGARA
AHMAD SHAHIR BIN SHAMSURI (17DHK14F1111)
PROGRAM
Pada 26 Ogos 2014 pelajar Diploma Hotel dan Katering dari Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti mengadakan lawatan sambil belajar ke Muzium Negara bertempat di Kuala Lumpur.
OBJEKTIF LAWATAN
- Membuka minda pelajar tentang era penjajahan pada masa dahulu
- Mengenali sejarah awal di Tanah Melayu
- Memupuk semangat kesejarahwan terhadap diri sendiri.
LAPORAN
Pada 26 Ogos 2014 bersamaan hari selasa kami telah pergi melawat ke Muzium Negara .Kami telah berkumpul terlebih dahulu di jabatan pelancongan pada jam 6.30 pagi. Kami diberi taklimat terlebih dahulu oleh ketua program dan kira-kira jam 7.00 pagi kami menaiki bas dan diberi sarapan kemudian bertolak ke Muzium Negara .pada jam 10 pagi kami telah tiba di Muzium Negara dengan selamat .kami disambut oleh dua orang pegawai dari Muzium Negara iaitu Encik Badrol Hisyam bin Abdul Rahman dan Puan Fadhliatun binti Azmi.
Di Muzium Negara, kami dapat melihat pelbagai kraf dan barangan- barangan purba yang digunakan pada masa dahulu. Muzium ini telah memuatkan barangan- barangan bersejarah mengenai Malaysia. Barangan- barangan ini dipisahkan kepada empat galeri iaitu Galeri A, Galeri B, Galeri C dan Galeri D. Di dalam Galeri A menceritakan tentang sejarah awal bagaimana pembentukan muka bumi dan kehidupan orang pada zaman batu. Pelajar masing-masing membuat catatan dan mendengar penjelasan daripada pegawai muzium dengan teliti. Galeri B mempamerkan tentang kerajaan awal yang wujud pada masa dahulu. Galeri C pula mempamerkan tentang era kolonial atau zaman penjajahan. Galeri D pula mempamerkan tentang pembangunan yang telah dicapai oleh Malaysia kini. Setelah selesai melawat semua galeri di muzium Negara ,kami telah mendapat penerangan dengan lebih mendalam mengenai sejarah di malaysia. Lawatan kami diakhiri dengan pemberian cenderahati oleh ketua program dan sesi bergambar bersama pegawai Muzium Negara sebagai tanda-tanda kenangan oleh kami.
Pada jam 12.00 tengah hari kami disediakan juadah daripada AJK makanan kami di kafeteria Muzium Negara, terdapat kumudahan lain yang terdapat di muzium seperti tandas, surau dan kedai-kedai.
Pada jam 1.30petang kami bertolak pulang ke Politeknik .Maka tamatlah program tersebut .Kami berharap dapat memberi manfaat dan ilmu pengetahuan yang lebih terperinci . Sekian terima kasih.
GAMBAR

Gelang Batu yang dijumpai di tapak perkuburan pada zaman Neolitik

bunga emas

Keris istiadat istana

cop mohor diraja (raja muda kelantan)

Pelajar Diploma hotel dan Katering 1 C (DHK1C)
ok
ReplyDelete