Sunday, 31 August 2014

JURNAL FARAH UMAINA

SITI FARAH UMAINA BT MOHD ZULKARNAIN ( 17DHK14F1196 )

Tajuk program : LAWATAN KE MUZIUM NEGARA
Masa Dan Tarikh : 10.00A.M. 26 Ogos 2014 ( Selasa )
Tempat : MUZIUM NEGARA

Objektif :
·         Menambahkan ilmu pengetahuan kepada pelajar dan pelancong tentang khazanah silam atau bahan-bahan berkaitan sejarah.
·         Melaksanakan kajian dan penyelidikan mengenai sejarah, budaya dan bahan-bahan yang dikumpul
·         Dapat mendidik dan menanam semangat mencintai dan menghargai budaya dan warisan negara melalui pameran-pameran tersebut.
·         Mengetahui dan mempelajari lebih mendalam tentang sejarah Malaysia.

Laporan
Kelas DHK 1C telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Muzium Negara di Kuala Lumpur pada 26 Ogos 2014 bersamaan hari Selasa seramai 37 orang pelajar dan seorang pensyarah.
Sebelum bertolak, kami diberi taklimat ringkas oleh pesyarah kami iaitu, Encik Muhamad Kaza Bin Razali. Tepat jam 7.00 pagi kami bertolak dari Politeknik Sultan Idris Shah ke Muzium Negara. Semasa perjalanan, para pelajar diberi sarapan roti dan air kotak.
Pada jam 10.30 pagi, kami tiba di Muzium Negara. Kami disambut oleh pegawai Muzium Negara iaitu Encik Badrul Hisham Bin Abdul Rahman dan Puan Fadhliatun Binti Azmi dengan mesranya. Kami telah dibawa melawat ke sekitar Muzium Negara. Mengikut apa yang disampaikan oleh pegawai tersebut, Muzium Negara mempunyai empat galeri iaitu Galeri A dimana ia mengisahkan tentang sejarah awal dunia. Manakala Galeri B, mengisahkan tentang Kerajaan-kerajaan Melayu. Galeri C pula mengisahkan tentang Era Kolonial dan Galeri D mempamerkan tentang Malaysia Kini.
Setelah melawat kesemua galeri, kami mengadakan sesi fotografi bersama pegawai-pegawai yang terlibat sebagai satu kenangan yang pernah kami lalui di Muzium. Terdapat pelbagai kemudahan yang telah disediakan disekitar Muzium.
Pada jam 12.00 t/hari, kami diberi makan tengah hari yang disediakan oleh AJK Makanan di cafeteria muzium tersebut. Setelah itu, kami diberi kebebasan untuk melawat sekitar Muzium tanpa kawalan oleh pensyarah. Pada jam 1.30p.m, kami diarahkan untuk berkumpul semula untuk pulang ke PSIS. Maka, disitu berakhir lawatan kami dengan jayanya buat kali pertama. Pada jam 5.00p.m kami tiba di PSIS dengan selamatnya.

Kesimpulan
Saya telah mengetahui sejarah-sejarah Malayisa dari zaman dahulu sehingga kini. Pelbagai ilmu telah saya pelajari sepanjang lawatan ini diadakan. Kita sebagai rakyat Malaysia, perlulah mengambil tahu tentang sejarah-sejarah supaya kisah silam tidak berulang. Selain itu, kita perlu ada semangat patriotik dan cintakan Negara.

Terbahagi kepada 4 galeri .
Galeri A : Sejarah Awal.
·         Zaman Batu
·         Zaman Pra Sejarah
·         Proto Sejarah

Galeri B : Kerajaan Melayu
·         Kerajaan Melayu sehingga Melaka

Galeri C : Koloni Era
·         Penjajahan Barat
·         Portugis – Jepun - Inggeris

Galeri D : Malaysia Kini
·         Bermula bibit nasionalisme.
·         Bagaimana boleh mendapat kemerdekaan












Galeri A : Sejarah Awal Dunia


Contoh bukti pada Zaman Neolitik


Galeri B : Kerajaan Melayu

Sudut peragaan segmen Baba dan Nyonya

Galeri C : Era Kolonial

Contoh Perjanjian Bangkok

Galeri D : Malaysia Kini

Pengisytiharaan Kemerdekaan



Pencapaian Malaysia sejak zaman kemerdekaan hingga kini.

Friday, 29 August 2014

JURNAL LAWATAN KE MUZIUM NEGARA FAZLINA

JURNAL LAWATAN KE MUZIUM NEGARA,KUALA LUMPUR

NURUL FAZLINA BINTI MOHD FAIZOL

17DHK14F1103

26 HB OGOS 2014

PUKUL 7:00 PAGI-1.30 PETANG

Di hening pagi yang cukup mendamaikan itu, di saat margastua mulai keluar dari tempat persembunyiannya, serta burung-burung pun turut berkicau mendendangkan irama lagu-lagu nan indah buat memberikan ketenangan kepada seluruh penghuni alam; Pada pagi itu,kami berkumpul seawal pukul 6.30 pagi untuk pergi Lawatan Ke Muzium Negara,Kuala Lumpur. Seramai 37 orang pelajar,1 seorang guru pengiring iaitu ENCIK MOHAMAD KAZAR dan 2 orang pemandu.Kami bertolak dari Politeknik Sultan Idris Shah pada pukul 7.00 pagi. Perjalanan kami mengambil masa lebih 3 jam untuk sampai ke destinasi kami.
Tepat pukul 10.15 pagi kami tiba di Muzium Negara,Kuala Lumpur.Pelbagai rasa perasaan yang ada apabila kami tiba di sana. Perjalanan kami menuju ke arah kaunter tiket ,kemudian menyulusuri galeri yang terdapat di dalam muzium tersebut iaitu Galeri A,Galeri B,Galeri C dan Galeri D.

Galeri A : Sejarah Awal
  
Galeri ini menyusur-galurkan evolusi pembentukan muka bumi dan asal usul masyarakat awal di Malaysia, yakni jumpaan alat batu Zaman Paleolitik (200,000 tahun dahulu) sehinggalah artifak peninggalan candi Hindu-Buddha di Lembah Bujang pada Zaman Proto Sejarah. Antara koleksi lain yang diperagakan termasuklah berbagai jenis tembikar Zaman Neolitik, barang-barang perhiasan seperti gelang batu, anting-anting kulit siput serta manik-manik yang digunakan sebagai barang dagangan. Salah satu artifak berharga yang dipamerkan ialah loceng Dong Son yang bertarikh 150 tahun Masihi.
Koleksi lain yang menarik di galeri ini termasuklah replika rangka Perak Man yang bertarikh 10,000-11,000 tahun dahulu diekskavasi di Gua Gunung Runtuh, Lenggong, Perak. Ia merupakan rangka manusia yang tertua dan hampir lengkap yang ditemui di Asia Tenggara. Selain itu, pengkebumian prasejarah yang merangkumi pengkebumian tempayan, keranda kayu balak, kubur kepingan batu turut dipaparkan untuk tujuan mengetahui sistem ritual dan struktur organisasi sosial masyarakat lampau.






Galeri B: Kerajaan-kerajaan Melayu
  
Galeri ini mempamerkan bukti-bukti sejarah perkembangan tamadun Melayu menerusi pembentukan kerajaan-kerajaan Melayu di seluruh Nusantara dengan tumpuan khusus kepada kerajaan-kerajaan Melayu yang wujud di Semenanjung Tanah Melayu dan Kepulauan Borneo.
Kemunculan kerajaan-kerajaan tersebut membuktikan kewujudan suatu sistem pemerintahan yang tersusun dan sistematik di rantau ini seawal abad ke-2 Masihi yang disertai dengan pencapaian dalam bidang sosio-ekonomi khasnya perdagangan antarabangsa serta perkembangan dalam ciri-ciri kebudayaan dan kepercayaan rumpun Melayu.
Fokus utama galeri adalah berkisar kepada Kerajaan Melayu Melaka yang menjadi episod penting dalam sejarah negara. Melaka bukan sahaja terkenal sebagai pusat perdagangan antarabangsa yang masyhur bahkan bangkit sebagai sebuah kerajaan yang gemilang dan agung di Asia Tenggara serta berjaya mewujudkan satu bentuk sistem pemerintahan beraja yang menjadi ikutan kepada kerajaan-kerajaan yang wujud selepasnya.
 




Galeri C : Era Kolonial
  
Galeri ini memaparkan sejarah negeri-negeri Melayu termasuk Sabah dan Sarawak ketika berada di bawah cengkaman kuasa asing bermula dari penjajahan Portugis pada tahun 1511 ke atas Melaka. Rentetan pencerobohan ini, kuasa-kuasa asing silih berganti kepada Belanda hingga penguasaan British dan Jepun di samping ancaman Siam berterusan menjajah Bumi Melayu.
Tarikan kuasa asing terhadap Bumi Melayu adalah kerana hasil bumi yang kaya dengan rempah dan bahan mentah. Mereka datang untuk menguasai perdagangan rempah dan mengeksploitasi bahan mentah khususnya bijih timah yang mendapat permintaan tinggi di Eropah semasa tercetusnya Revolusi Perindustrian pada kurun ke-18. Penguasaan kuasa-kuasa asing ke atas negara ini berlarutan melebihi 400 tahun. Sepanjang tempoh ini menyaksikan kekayaan negara dibolot, kemasukan imigran dari Cina dan India dan penindasan terhadap anak tempatan yang membawa kepada bibit kesedaran untuk bangkit mempertahankan ketuanan di tanahair sendiri.
Turut dimuatkan adalah kesan dan perubahan-perubahan yang dibawa dan ditinggalkan oleh penjajah dari aspek politik, sosial dan ekonomi.





Galeri D : Malaysia Kini
  
Galeri ini menyingkap sejarah gerakan nasionalisme yang dipelopori oleh tokoh-tokoh kebangsaan sehinggalah kepada penubuhan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu atau UMNO (United Malay National Organisation) pada tahun 1946. Kelantangan suara menuntut hak dan pembebasan sepenuhnya dari tangan British telah diperjuangan pelbagai pihak dari pelbagai kaum sehinggalah negara ini akhirnya kembali merdeka sebagai sebuah negara yang bebas dan berdaulat pada 31 Ogos 1957 menerusi meja rundingan.
Pada 16 September 1963 negara maju setapak lagi dengan kemasukan Sabah, Sarawak dan Singapura (1963-1965). Penubuhan Malaysia telah mewujudkan satu entiti politik yang kukuh dan bersepadu sehingga ke hari ini. Perpaduan kaum, kestabilan politik yang bertunjangkan sistem pemerintahan raja berperlembagaan dan demokrasi berparlimen serta pencapaian-pencapaian negara yang membanggakan termasuk pembangunan fizikal yang bersifat moden, mega dan mencakar langit turut menjadi paparan galeri ini.









 Akhir sekali,kami pun pulang pada pukul 2 petang dan  sampai di POLITEKNIK SULTAN IDRIS SHAH pada pukul 5 petang. Itu sahaja jurnal yang dapat saya buat sepanjang lawatan kami.sekian terima kasih.



Thursday, 21 August 2014

Pemikiran Dan Kepercayaan

YAHUDI
KONSEP KEPERCAYAAN MENURUT YAHUDI
Ø wujud dua aliran  kepercayaan dalam agama Yahudi.
v Aliran pertama – mempercayai tuhan bersifat Maha Esa dan Maha  
                           Pengasih.                      
v Aliran kedua - mempercayai bahawa tuhan hanya khusus bagi penganut Yahudi sahaja (berpendapat bahawa tuhan bersifat pembenci dan membalas dendam kepada semua suku dan bangsa selain Yahudi).
v Alkitab : kitab suci dalam agama Yahudi.
            :  merupakan old Testament (Perjanjian Lama)
v Talmud: kitab syarahan atau tafsiran kepada Al-kitab. (Rahmat, 1976 : 326)
v Penganut Yahudi lebih mempercayai keesaan Tuhan.
v  orang Yahudi menyebut nama Tuhan mereka : Yahweh. Kemudian disebut Jehovah (Yehova) dan akhir sekali dengan sebutan Yahuwa (Sou'yb, 1996 : 276)
v Nama-nama lain bagi Tuhan: Elohim, Adonai dan Sechinah (Rahmat, 1976 : 326)
v Orang-orang Yahudi juga mempercayai kedatangan Messiah yang merupakan seorang tokoh penyelamat dan pembimbing manusia ketika menghadapi penderitaan dan huru hara pada akhir zaman (Rahmat, 1976 : 327 )




13 asas kepercayaan agama Yahudi dikenali :Rukun Iman Yahudi. Antaranya adalah sebagaimana berikut (Rahmat, 1976 : 330)     :
v Percaya kepada Tuhan Maha Pencipta
v Percaya kepada Keesaan Tuhan
v Percaya bahawa Tuhan tidak bertubuh
v Percaya bahawa Tuhan itu abadi
v Percaya bahawa Tuhan adalah tumpuan pengabdian
v Percaya kepada kata-kata yang diucapkan oleh Nabi-nabi
v Percaya bahawa Musa adalah Nabi yang terbesar
v Percaya kepada hukum yang diwahyukan kepada Musa
v Percaya bahawa hukum tersebut tidak berubah
v Percaya bahawa Tuhan Maha Mengetahui
v Percaya kepada ganjaran dosa dan pahala dari Tuhan
v Percaya kepada kedatangan Messiah
v Percaya kepada kebangkitan semula selepas mati.
Rumah Ibadat bagi penganut Yahudi dikenali : Synagogue, Shul atau temple.
v sembahyang dalam tiga waktu setiap hari  iaitu   :
-      Sacharit (morning prayer)
-      Mincha (afternoon prayer)
-      Arvit (nightfall prayer)

v Waktu sembahyang lain :
1.   Musaf - dilakukan pada hari Sabbath dan hari perayaan Yahudi yang besar
2.   Neilah - dilakukan pada hari Yom Kippur



v Antara perayaan-perayaan yang disambut :
-       Hari Sabat ( Hari Sabtu )
-       Tahun Baru Yahudi
-       Hari Raya Paskah
-       Hari Raya Roti Tak Beragi
-       (Hag Hammasot)
-       Festival Menuai
-       Pentacost (Shavuot)
-       Rosh Hashanah
-       Yom Kippu
DOSA DAN PAHALA DALAM AGAMA YAHUDI
v Menganggap perbuatan jahat dan perbuatan menyalahi perintah Tuhan adalah berdosa.
-      Seseorang yang berdosa perlu meminta ampun kepada Tuhan dengan cara-cara tertentu.
v Bagi penganut Yahudi, Yom Kippur merupakan hari paling suci dalam agama Yahudi.
-      Ia adalah hari penebusan dosa bagi penganut Yahudi.
v Pada hari Yom Kippur, mereka berpuasa dan bertaubat untuk mendapat keredhaan Tuhan.
v Kehidupan selepas mati dalam agama yahudi
v Penganut Yahudi mempercayai wujudnya kehidupan selepas kematian.
v Mereka percaya terdapatnya syurga dan neraka.
v Individu yang banyak melakukan kebaikan dan amalan keagamaan Yahudi akan dikurniakan Syurga manakala mereka yang melakukan kejahatan akan dibalas dengan neraka.


SUMBER RUJUKAN
1)https://www.google.com/search?q=pemikiran+dan+kepercayaan+yahudi&source=lnms&tbm=isch&sa=X&ei=Z672U-eaNIy7uASyyYAw&ved=0CAgQ_AUoAQ&biw=1024&bih=439
2)http://razizi.uitm.edu.my/download/Nota%20Kursus%20IDA102/Bab%203%20KONSEP%20KEPERCAYAAN%20DAN.pptx
5)http://spk.btn.gov.my/v2/HTMLPemikiranDanPembinaanTamadun/files/assets/basic-html/page31.html
 CONTOH AMALAN DALAM AGAMA YAHUDI











Isu-Isu Keprihatinan Negara

APEC ( kerjasama ekonomi asia pasifik )

Ø Satu forum ekonomi negara bersempadan dengan lautan pasifik.
Ø Dibentuk : tahun 1989 berasaskan kerjasama :
- ekonomi serantau,
- pelaburan
- perdagangan
Ø Memiliki 50% daripada perdagangan duni dan menyumbang kepada 55% KDNK dunia.

Objektif APEC

Ø Mewujudkan kerjasama ekonomi bersifat serantau
Ø Menyuarakan pendapat bersama pada peringkat antarabangsa
Ø Kepentingan APEC
Ø Negara Anggota APEC

Negara-negara pengasas APEC November 1989:

- Amerika Syarikat - Brune   - Australia  - Filipina - Indonesia - Jepun -Kanada
- Korea Selatan – Malaysia - New Zealand  - Singapura – Thailand
Ø Sangat penting untuk negara membangun.
Ø Mempunyai kepentingan khusus kepada Malaysia
Ø Menyertai pada November 1991:
- China
- Hong Kong, China
- Chinese Taipei
Ø Menyertai pada November 1993:
- Mexico
- Papua New Guinea
Ø Menyertai pada November 1994:
- Chile






Matlamat APEC :

• Mengeratkan hubungan kerjasama ekonomi antara Negara anggota;
• Memberikan galakan pasaran terbuka di Negara anggota;
• Memajukan perdagangan bebas tanpa mengenakan cukai yang tinggi;
• Tidak bergantung kepada ekonomi negaraasia-pasifik dalam perdagangan dunia;
• Menggalakkan pengaliran barangan, perkhidmatan serta modal dan teknologi;
• Membangunkan perdagangan terbuka pelbagai hala;
• Menyelaraskan perdagangan dan perkhidmatandi bawah prinsip general agreement on tariffs and trades (GATT) dengan mengurangkan sekatan ekonomi.

Peranan Malaysia dalam APEC:

• Mempengerusikan aktiviti APEC pada tahun 1998.
• Menekankan liberalisasi perdagangan dan ekonomi;
• Menyediakan kemudahan perdagangan dengan mengenakan cukai barangan yang rendah;
• Memberi kerjasama dengan Negara ahli untuk membeli dan menjual barangan luar dengan mengenakan cukai import yang rendah supaya barangan luar Negara dapat bersaing dengan barangan dalam Negara;
• Menggalakkan kerjasama dan ekonomi.




Empat isu utama yang dituangkan dalam Deklarasi Paracas adalah :

(1)  peranan laut terhadap keamanan pangan,
 (2) perlindungan dan pembangunan lingkungan laut yang berkelanjutan, 
(3) perdagangan serta investasi yang berdasarkan pada nilai-nilai keadilan dan kemerataan atas produk kelautan dan perikanan.
(4) isu pengaruh perubahan iklim terhadap laut.
- Negara-negara anggota APEC menunjukan keprihatinan terhadap ancaman pembatasan atas perdagangan produk perikanan.
- Untuk itu, AOMM3 bermaksud untuk menghapus adanya batasan-batasan terhadap larangan perdagangan produk perikanan antara negara-negara anggota sehingga nantinya dapat diterapkan praktek perdagangan yang bebas dan terbuka bagi produk perikanan.
-  Selain itu, dalam Deklarasi Paracas para delegasi sepakat melakukan kampanye agar kesadaran dan partisipasi pemangku kepentingan dalam menangani pengaruh perubahan iklim terhadap laut dan sumberdayanya, meningkat.

















SUMBER RUJUKAN

4)   http://www.kedah.edu.my/sahc/a_portal/portal_tingkatan6/pengajian%20am/penggal%203/Nota%20Hubungan%20Luar%20Malaysia.pdf
              
     GAMBAR