Friday, 29 August 2014

JURNAL LAWATAN KE MUZIUM NEGARA FAZLINA

JURNAL LAWATAN KE MUZIUM NEGARA,KUALA LUMPUR

NURUL FAZLINA BINTI MOHD FAIZOL

17DHK14F1103

26 HB OGOS 2014

PUKUL 7:00 PAGI-1.30 PETANG

Di hening pagi yang cukup mendamaikan itu, di saat margastua mulai keluar dari tempat persembunyiannya, serta burung-burung pun turut berkicau mendendangkan irama lagu-lagu nan indah buat memberikan ketenangan kepada seluruh penghuni alam; Pada pagi itu,kami berkumpul seawal pukul 6.30 pagi untuk pergi Lawatan Ke Muzium Negara,Kuala Lumpur. Seramai 37 orang pelajar,1 seorang guru pengiring iaitu ENCIK MOHAMAD KAZAR dan 2 orang pemandu.Kami bertolak dari Politeknik Sultan Idris Shah pada pukul 7.00 pagi. Perjalanan kami mengambil masa lebih 3 jam untuk sampai ke destinasi kami.
Tepat pukul 10.15 pagi kami tiba di Muzium Negara,Kuala Lumpur.Pelbagai rasa perasaan yang ada apabila kami tiba di sana. Perjalanan kami menuju ke arah kaunter tiket ,kemudian menyulusuri galeri yang terdapat di dalam muzium tersebut iaitu Galeri A,Galeri B,Galeri C dan Galeri D.

Galeri A : Sejarah Awal
  
Galeri ini menyusur-galurkan evolusi pembentukan muka bumi dan asal usul masyarakat awal di Malaysia, yakni jumpaan alat batu Zaman Paleolitik (200,000 tahun dahulu) sehinggalah artifak peninggalan candi Hindu-Buddha di Lembah Bujang pada Zaman Proto Sejarah. Antara koleksi lain yang diperagakan termasuklah berbagai jenis tembikar Zaman Neolitik, barang-barang perhiasan seperti gelang batu, anting-anting kulit siput serta manik-manik yang digunakan sebagai barang dagangan. Salah satu artifak berharga yang dipamerkan ialah loceng Dong Son yang bertarikh 150 tahun Masihi.
Koleksi lain yang menarik di galeri ini termasuklah replika rangka Perak Man yang bertarikh 10,000-11,000 tahun dahulu diekskavasi di Gua Gunung Runtuh, Lenggong, Perak. Ia merupakan rangka manusia yang tertua dan hampir lengkap yang ditemui di Asia Tenggara. Selain itu, pengkebumian prasejarah yang merangkumi pengkebumian tempayan, keranda kayu balak, kubur kepingan batu turut dipaparkan untuk tujuan mengetahui sistem ritual dan struktur organisasi sosial masyarakat lampau.






Galeri B: Kerajaan-kerajaan Melayu
  
Galeri ini mempamerkan bukti-bukti sejarah perkembangan tamadun Melayu menerusi pembentukan kerajaan-kerajaan Melayu di seluruh Nusantara dengan tumpuan khusus kepada kerajaan-kerajaan Melayu yang wujud di Semenanjung Tanah Melayu dan Kepulauan Borneo.
Kemunculan kerajaan-kerajaan tersebut membuktikan kewujudan suatu sistem pemerintahan yang tersusun dan sistematik di rantau ini seawal abad ke-2 Masihi yang disertai dengan pencapaian dalam bidang sosio-ekonomi khasnya perdagangan antarabangsa serta perkembangan dalam ciri-ciri kebudayaan dan kepercayaan rumpun Melayu.
Fokus utama galeri adalah berkisar kepada Kerajaan Melayu Melaka yang menjadi episod penting dalam sejarah negara. Melaka bukan sahaja terkenal sebagai pusat perdagangan antarabangsa yang masyhur bahkan bangkit sebagai sebuah kerajaan yang gemilang dan agung di Asia Tenggara serta berjaya mewujudkan satu bentuk sistem pemerintahan beraja yang menjadi ikutan kepada kerajaan-kerajaan yang wujud selepasnya.
 




Galeri C : Era Kolonial
  
Galeri ini memaparkan sejarah negeri-negeri Melayu termasuk Sabah dan Sarawak ketika berada di bawah cengkaman kuasa asing bermula dari penjajahan Portugis pada tahun 1511 ke atas Melaka. Rentetan pencerobohan ini, kuasa-kuasa asing silih berganti kepada Belanda hingga penguasaan British dan Jepun di samping ancaman Siam berterusan menjajah Bumi Melayu.
Tarikan kuasa asing terhadap Bumi Melayu adalah kerana hasil bumi yang kaya dengan rempah dan bahan mentah. Mereka datang untuk menguasai perdagangan rempah dan mengeksploitasi bahan mentah khususnya bijih timah yang mendapat permintaan tinggi di Eropah semasa tercetusnya Revolusi Perindustrian pada kurun ke-18. Penguasaan kuasa-kuasa asing ke atas negara ini berlarutan melebihi 400 tahun. Sepanjang tempoh ini menyaksikan kekayaan negara dibolot, kemasukan imigran dari Cina dan India dan penindasan terhadap anak tempatan yang membawa kepada bibit kesedaran untuk bangkit mempertahankan ketuanan di tanahair sendiri.
Turut dimuatkan adalah kesan dan perubahan-perubahan yang dibawa dan ditinggalkan oleh penjajah dari aspek politik, sosial dan ekonomi.





Galeri D : Malaysia Kini
  
Galeri ini menyingkap sejarah gerakan nasionalisme yang dipelopori oleh tokoh-tokoh kebangsaan sehinggalah kepada penubuhan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu atau UMNO (United Malay National Organisation) pada tahun 1946. Kelantangan suara menuntut hak dan pembebasan sepenuhnya dari tangan British telah diperjuangan pelbagai pihak dari pelbagai kaum sehinggalah negara ini akhirnya kembali merdeka sebagai sebuah negara yang bebas dan berdaulat pada 31 Ogos 1957 menerusi meja rundingan.
Pada 16 September 1963 negara maju setapak lagi dengan kemasukan Sabah, Sarawak dan Singapura (1963-1965). Penubuhan Malaysia telah mewujudkan satu entiti politik yang kukuh dan bersepadu sehingga ke hari ini. Perpaduan kaum, kestabilan politik yang bertunjangkan sistem pemerintahan raja berperlembagaan dan demokrasi berparlimen serta pencapaian-pencapaian negara yang membanggakan termasuk pembangunan fizikal yang bersifat moden, mega dan mencakar langit turut menjadi paparan galeri ini.









 Akhir sekali,kami pun pulang pada pukul 2 petang dan  sampai di POLITEKNIK SULTAN IDRIS SHAH pada pukul 5 petang. Itu sahaja jurnal yang dapat saya buat sepanjang lawatan kami.sekian terima kasih.



4 comments:

  1. http://syasyaarwin42.blogspot.com/2014/08/v-behaviorurldefaultvmlo.html?m=1

    ReplyDelete
  2. http://izyansopri.blogspot.com/2014/08/lawatan-sambil-belajar-ke-muzium-negara.html

    ReplyDelete
  3. http://thasusasakuroto.blogspot.com/

    ReplyDelete
  4. laporan bukannya gubahan lagu.....

    ReplyDelete