Tuesday, 23 September 2014

JURNAL LAWATAN IZYAN SYAZWANI


NAMA : IZYAN SYAZWANI BINTI SOPRI
NO MATRIK : 17DHK14F1080 



Pada hari Selasa bersamaan 26 haribulan Ogos 2014, kelas DHK 1C daripada Politeknik Sultan Idris Shah telah mengadakan satu lawatan sambil belajar ke Muzium Negara yang  bertempat di Jalan Damansara, Kuala Lumpur. Seramai 37 pelajar DHK 1C menyertai lawatan sambil belajar ini dengan diiringi oleh pensyarah Encik Mohammad Kazar bin Razali.


Antara objektif lawatan dilakukan adalah seperti berikut:
- memberikan pendedahan kepada pelajar-pelajar mengenai sejarah yang berlaku sejak dahulu sehingga kini.
- Memupuk semangat jati diri dan cinta akan agama,bangsa dan negara.
- sebagai wahana mewujudkan pelajar berharmoni dan mempunyai keperibadian yang tinggi untuk memelihara , mengekalkan warisan sejarah negara.
- sebagai bahan tambahan pembelajaran untuk subjek Pengajian Malaysia.


Didalam Muzium Negara, terdapat galeri-galeri yang dipecahkan kepada 4 bahagian
Galeri A : Sejarah Awal
Galeri B :  kerajaan-kerajaan Melayu
Galeri C : Era Kolonial
Galeri D : Malaysia Kini ( bermulanya bibit Nasionalisme)

Galeri A



Zaman Neolitik  



-mereka berevolusi
-Zaman moden batu- menggunakan dinding gua sebagai merakamkan peristiwa-peristiwa yang penting.
-menggunakan hematit dan arang sebagai bahan pewarna lukisan gua.
Zaman Gangsa/logam
-bermula di Vietnam
-dikenali juga sebagai Zaman Besi
-Megalit-penaruh daripada kepulauan Indonesia
-sejarah proto-

periuk tembikar,Kuala Seliusing, patung Buddha berdiri daripada tumbungan. Djumpai di kawasan lombong bijih timah Pengkalan Pagoh, Ipoh, Perak pada tahun 1931




Zaman perdagangan awal seramik dinasti Song (960-1127Masihi)





Galeri B

menyusuri laluan yang menyingkap sejarah kerajaan Melayu Melaka yang menjadi episod penting dalam sejarah negara dimana sejarah kegemilangan dan kejatuhannya. Selain itu, Melaka sebagai pusat perdagangan antabangsa yang terkenal. Kerajaan Melaka juga mempunya struktur pentadbiranserta proses pemerintahan yang sistematik sekaligus menjadi ikutan kepada kerajaan-kerajaan  yang wujud selepasnya.




Model bahtera Majapahit







Galeri C

Menyusuri diorama kapal portugis. seterusnya menyusuri sejarah negeri-negeri Melayu termasuk negeri Sabah dan Sarawak ketika dikuasai oleh kuasa asing

MEJA PERJANJIAN PANGKOR

meja yang digunakan dalam diorama ini adalah meja asal yang digunakan untuk menandatangani Perjanjian Pangkor antara Raja Muda Abdullah dari Perak dengan Gabenor Negeri-Negeri Selat, Sir Andrew Clarke pada 20 Januari 1874 di atas kapal British 'Pluto' di perairan Pulau Pangkor,Perak. Salah satu kandungan perjanjian yang penting ialah klausa ke-6 yang menyebut bahawa Sultan bersetuju "menerima dan menyediakan sebuah kediaman yang bersesuaian untuk seorang pegawai British yang dipanggil sebagai Residen, yang diiktiraf oleh istana, dan yang mana nasihatnya mestilah diminta dan dipatuhi dalam semua perkara selain hal-ehwal agama Islam dan adat istiadat orang Melayu

Syarat ini membuka ruang kepada British untuk menguasai hal ehwal pentadbiran negeri secara tak langsung menerusi peranan Residen mereka yang mana "nasihatnya mesti diminta dan dipatuhi" oleh Sultan. Keadaan ini menjadi punca segala permasalahan yang timbul di Perak  yang akhirnya membawa kepada peristiwa pembunuhan Residen British pertama yang dilantik iaitu J.W.W. Birch pada 2 November 1875. Namun begitu, sistem Residen tetap diteruskan sehinggalah Jepun menawan Tanah Melayu pada tahun 1941.



Sebuah daripada kapal korek Malaysia yang terbesar, dibina pada tahun 1938, dibina semula pada tahun 1963 dan diperlengkapkan khususnya kerja di kawasan 'tailing'. Kapal korek ini bertenaga elektrik dengan 
2 004 kuasa kuda, pontoonnya sepanjang 75 meter dan 19.5 meter dan 19.5 meter lebar. Ia mempunyai 117 pencedok keluli mangan, setiap satu dengan isi padu 0.51 meter, berkemampuan menggali sedalam 31.5 meter.

Tanah dan batu dibuang dibelakang kapal korek di kawasan tailing, membawa batu kelilir, tanah, tanah liat, batu-batu dari mana biji timah didapati.

Galeri D

 menyusuri sejarah gerakan nasionalisme dan bermula bibit-bibit nasionalisme serta perjuangan tokoh-tokoh kebangsaan sehingga penubuhan persatuan yang menuntut kemerdekaan.


 Koleksi kitab-kitab agama tulisan tangan



Berita kejayaan rundingan London





 Basikal tentera Jepun tahun 1941




 Kerusi speaker

Kerusi ini telah dihadiahkan kepada kerajaan Malaysia oleh Dewan Rakyat United Kingdom, Great Britian dan Ireland Utara pada 2 November 1963 sebagai simbol persahabatan dan Malaysia sebagai ahli baru Persatuan Komanwel.












LAMPIRAN




















1 comment: