JURNAL LAWATAN KE MUZIUM NEGARA
Ayu Noor Syafiqah Binti Mokhtar
17DHK14F1073
![]() |
Kelas DHK1C telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Muzium Negara pada 26/8/2014 . Seramai 37 orang peserta lawatan yang terdiri daripada pelajar DHK1C dan seorang pengiring yang memantau lawatan kami . Seawal jam 6.30 a.m , kami telah berkumpul di Jabatan Pelancongan Hospitaliti yang terdapat di Politeknik Sultan Idris Shah . Taklimat ringkas telah disampaikan oleh pensyarah kami iaitu En Mohammad Kazar Bin Razali mengenai disiplin dan nasihat .
Kami telah menikmati sarapan pagi yang telah disediakan oleh AJK makanan . Kami bertolak dari Politeknik Sultan Idris Shah ke Muzium Negara Kuala Lumpur pada pukul 6.40 a.m . Kami tiba di Muzium Negara pada pukul 10.00 a.m . Sebaik sahaja kami tiba , kami disambut oleh dua orang staf Muzium Negara iaitu En Badrol Hisham Bin Abd rahman dan Cik Fadhliatun Binti Azmi . Mereka telah membawa kami melawat sekitar Muzium Negara sambil memberi taklimat dan serba sedikit maklumat tentang sejarah negara Malaysia . Maklumat yang diberikan oleh mereka amatlah berguna untuk kami mempelajari subjek Pengajian Malaysia .
Muzium negara dibahagikan kepada empat galeri . Di sana kami dapat lihat beberapa bukti dan khazanah tentang wujudnya penempatan awal dan sejarah perkembangan negara Malaysia .
Pada jam 12.00 p.m , kami menikmati makanan tengah hari di cafeteria Muzium Negara yang telah disediakan oleh AJK makanan . Setelah menikmati makanan tengah hari , AJK Multimedia telah menjalankan aktiviti fotografi bersama pengiring kami di sekitar Muzium Negara . Kami diberi peluang melawat sekitar Muzium Negara sekali lagi selama setengah jam . Pada jam 1.30 p.m , kami telah berkumpul di depan pintu masuk Muzium Negara untuk bertolak ke Politeknik Sultan Idris Shah . Di situ , berakhirnya lawatan kami ke Muzium Negara .
- Galeri (A) - Sejarah Awal / Tamadun Manusia
- Galeri (B) - Kerajaan Awal Tanah Melayu
- Galeri (C) - Penjajahan Tanah Melayu
- Galeri (D) - Malaysia Kini
Pada jam 12.00 p.m , kami menikmati makanan tengah hari di cafeteria Muzium Negara yang telah disediakan oleh AJK makanan . Setelah menikmati makanan tengah hari , AJK Multimedia telah menjalankan aktiviti fotografi bersama pengiring kami di sekitar Muzium Negara . Kami diberi peluang melawat sekitar Muzium Negara sekali lagi selama setengah jam . Pada jam 1.30 p.m , kami telah berkumpul di depan pintu masuk Muzium Negara untuk bertolak ke Politeknik Sultan Idris Shah . Di situ , berakhirnya lawatan kami ke Muzium Negara .
Kesimpulannya , kita haruslah berbangga menjadi rakyat negara Malaysia dan berbangga dengan semangat rakyat Tanah Melayu untuk merdekakan Tanah Melayu . Dengan adanya lawatan ini , kami dapat memahami konsep Pengajian Malaysia yang kami pelajari di politeknik . Akhir sekali , kami juga dapat mengaplikasikan ilmu yang diperolehi daripada lawatan ini dalam pembelajaran yang lebih berkesan dan bermakna .
ok
ReplyDelete