Friday, 15 August 2014

PEMBANGUNAN NEGARA

DASAR PENDIDIKAN KEBANGSAAN
Pada tahun menuju ke arah kemerdekaan,timbul rasa kesedaran  pemimpin-pemimpin dan rakyat negara tentang satu sistem pendidikan kebangsaan bagi menggantikan sistem pendidikan penjajah serta  memenuhi kehendak negara.
Atas kesedaran wujudlah Dasar Pendidikan Kebangsaan, 1957.
Dasar Pendidikan disemak semula:  tahun 1960.
·         Menghasilkan Laporan Rahman Talib yang telah memperkemaskan Ordinan Pendidikan 1957. Laporan Rahman Talib mengukuhkan lagi Dasar Pendidikan Kebangsaan seperti yang termaktub di dalam Akta Pendidikan 1961.
Tahun 1974 :  sebuah Jawatankuasa Kabinet telah ditubuhkan.
Telah  mengkaji semula Dasar Pendidikan untuk memperbaiki perlaksanaannya.
Bertujuan
  • untuk melahirkan satu masyarakat yang bersatu padu.
  • berdisiplin .
  •  memenuhi keperluan tenaga rakyat terlatih bagi pembangunan negara dapat dicapai.

Laporan Jawatankuasa Kabinet diterbikan : tahun 1979.
Sistem pendidikan di zaman penjajahan telah berkembang tanpa mempertimbangkan:
·         keperluan pembangunan.
·         pembinaan identiti kebangsaan.
·         perpaduan Negara.
Sistem pendidikan ini hanya mengekalkan tumpuan taat setia kaum pendatang kepada negara asal mereka dan menekankan semangat pembangunan rakyat tempatan.
 Langkah-langkah telah diambil bagi menggubal sistem pendidikan kebangsaan yang sesuai untuk negara yang merdeka dan mempunyai matlamat sendiri.
Objektif
Objektif dasar dinyatakan di dalam pendahuluan Akta Pendidikan 1961, yang berbunyi :
“ Bahawa dasar pendidikan seperti yang diisytiharkan dalam Ordinan
Pendidikan, 1957 ialah untuk menubuhkan satu sistem pelajaran yang
akan dapat memenuhi keperluan negara dan menggalakkan
perkembangan kebudayaan, sosial, ekonomi dan politik.”

Secara am objektif  di dalam melaksanakannya, Kementerian Pendidikan merujuk:
 Penyata Razak 1956
 Laporan Rahman Talib 1960 telah menginterpretasi sebagai:
  •  menyatupadukan kanak-kanak sekolah berbilang kaum.
  • menyediakan tenaga kerja bagi keperluan ekonomi.

Objektif ini telah diperkemaskan lagi setelah Jawatankuasa Kabinet ditubuhkan dan bidang tugasnya ditetapkan.
 Bidang tugas itu menunjukkan bahawa Dasar Pendidikan dapat :

  •  memenuhi keperluan tenaga rakyat negara dalam jangka panjang dan pendek.
  • melahirkan masyarakat yang bersatu padu.
  • berdisiplin.
  •  terlatih.
Beberapa strategi digubal bagi mencapai matlamat Dasar Pendidikan . Strategi pelaksanaan adalah seperti berikut :
  •  Penggunaan satu kurikulum yang sama kandungannya untuk semua sekolah.
  • Penggunaan satu bahasa pengantar iaitu Bahasa Malaysia di semua sekolah dan universiti
  •  Penggunaan buku-buku teks yang sama berlatarkan Negara.
  •  Memperluaskan pendidikan vokasional dan teknikal.
  • Menggunakan pendidikan rendah mengikut Kurikulum Baru Sekolah Rendah yang berdasarkan 3M (membaca, menulis, mengira).
  • Menggunakan pendidikan menengah mengikut Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM).
  • Penggunaan satu peraturan jadual waktu  untuk semua sekolah .
  • Penggunaan satu sistem peperiksaan.
  • Penggunaan sistem penggal persekolahan.
  • Penggunaan sistem pentadbiran dan peraturan sekolah .

Tujuan Dasar Pendidikan Kebangsaan :
·         Sistem pendidikan yang memenuhi keperluan, perkembangan dan pembangunan. masyarakat dari segi sosial, ekonomi, politik dan kebudayaan masyarakat negara ini.
·          Membentuk pengajaran yang cekap dan berkesan.
·         Membentuk sistem yang mendatangkan pembangunan kewangan kepada Negara.
·         Membentuk sistem pendidikan yang memenuhi keperluan ibubapa.
·         Pembentukan undang-undang yang sentiasa dapat menjamin perkembangan dan peningkatan taraf sistem pendidikan dari masa ke semasa.
 Dasar Pendidikan Kebangsaan juga dilaksanakan dengan  mengada dan memperkemaskan tenaga pengajar yang terlatih dan juga mendirikan sekolah-sekolah selaras dengan pertambahan kanak-kanak.
Di samping itu, beberapa bahagian dan Jawatankuasa telah ditubuhkan di Kementerian Pendidikan yang meliputi perkara-perkara yang dibangkitkan oleh Dasar Pendidikan Kebangsaan.
Pencapaian
Dalam menilai pencapaian semasa, 2 matlamat utama Dasar Pendidikan Kebangsaan yang perlu diberi perhatian ialah :
  • Samada pelaksanaan sistem pendidikan dan kurikulum yang ada dapat melahirkan keperluan tenaga rakyat yang diperlukan oleh negara.
  • Samada sistem pendidikan di negara ini telah dapat melahirkan rakyat yang bersatu padu, berdisiplin dan terlatih

Untuk mengetahui samada pelaksanaan Dasar Pendidikan Kebangsaan telah dapat memenuhi keperluan tenaga rakyat adalah rumit.
 Keperluan tenaga rakyat yang bergantung kepada perkembangan sosial negara memang sukar ditentukan.
Ini disebabkan perkembangan ekonomi dipengaruhi oleh iklim dan suasana ekonomi dunia yang sering berubah.
Dasar Pendidikan Kebangsaan telah dapat :
·         merapatkan jurang pengenalan bidang pekerjaan mengikut kaum.
·         mengurangkan kemiskinan.
·         meningkatkan bilangan kaum Bumiputera yang berpendidikan.
Sungguhpun Dasar Pendidikan Kebangsaan telah dapat meluaskan penggunaan Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa pengantar utama, namun demikian terdapat rungutan bahawa Sistem Pendidikan Kebangsaan telah melemahkan penguasaan Bahasa Inggeris di kalangan pelajar-pelajar di semua peringkat.
 Kementerian Pendidikan telah mengambil langkah-langkah yang sewajarnya untuk mengatasi masalah ini memandangkan penguasaan Bahasa Inggeris penting bagi pembelajaran dan pemindahan kemahiran daripada negara-negara maju, pertumbuhan ekonomi dan perdagangan Negara.

Rujukan

  1. http://personajohor.blogspot.com/2010/01/dasar-pendidikan-negara.html
  2. https://www.google.com.my/search?q=dasar+pendidikan+kebangsaan&rlz=1C1CHWA_enMY595MY595&es_sm=122&source=lnms&tbm=isch&sa=X&ei=eq3uU6HjLdTi8AWvr4HIBw&ved=0CAgQ_AUoAQ&biw=1366&bih=643#imgdii=_
  3. http://www.utusan.com.my/utusan/Pendidikan/20140809/pe_03/Sekolah-kebangsaan-satukan-rakyat-pelbagai-kaum
  4. http://www.moe.gov.my/v/dasar-pendidikan-kebangsaan
  5. http://teo-education.com/teophotos/albums/userpics/131_Dasar_dan%20Pelaksanaan_Sistem%20Pendidikan%20Kebangsaan.pdf


Gambar


 












1 comment: