Friday, 18 July 2014

E-FOLIO PENGAJIAN MALAYSIA PSIS



SEJARAH PILIHAN RAYA DI MALAYSIA
Ø  Pilihan Raya Pertama diadakan : 27 JULAI 1995
Ø  Dikenali : Pilihan Raya Majlis Perundangan Persekutuan 1995
Ø  Membabitkan negeri-negeri Semenanjung sahaja
Ø  Pilihan Raya ini merupakan Pilihan Raya Tunggal sebelum mencapai kemerdekaan pada 31.Ogos.1957

FUNGSI PILIHAN RAYA
Ø  Tubuh sebuah kerajaan demokrasi
Ø  Mengekalkan pucuk kepimpinan
Ø  Pemilihan calon bagi mengisi jawatan tertinggi
Ø  Menguatkan kestabilan dan legitimacy dalam satu organisasi dan komuniti politik
Ø  Memilih wakil-wakil untuk menerajui pemerintahan Negara

RENTETAN PILIHAN RAYA MALAYSIA

ü  PILIHAN RAYA MAJLIS PERUNDANGAN PERSEKUTUAN(1955)
ü  PILIHAN RAYA UMUM PERTAMA(1959)
ü  PILIHAN RAYA UMUM KEDUA(1964)
ü  PILIHAN RAYA UMUM KETIGA(1969)
ü  PILIHAN RAYA UMUM KEEMPAT(1974)
ü  RAYA UMUM KELIMA(1978)
ü  PILIHAN RAYA UMUM KEENAM(1982)
ü  PILIHAN RAYA UMUM KETUJUH(1986)
ü  PILIHAN RAYA UMUM KELAPAN(1990)
ü  PILIHAN RAYA UMUM KESEMBILAN(1995)
ü  PILIHAN RAYA UMUM KESEPULUH(1999)
ü  PILIHAN RAYA UMUM KESEBELAS(2004)
ü  PILIHAN RAYA UMUM KEDUA BELAS(2008)
ü  PILIHAN RAYA UMUM KETIGA BELAS(2013)








SISTEM PILIHAN RAYA
SYARAT-SYARAT LAYAK MENDAFTAR
Ø  warganegara Malaysia;
Ø  Berumur 21 tahun ke atas.
Ø  bermastautin di bahagian pilihan raya yang ingin didaftarkan
Ø  tidak dihalang / hilang kelayakan oleh undang-undang yang berkuat kuasa
SYARAT UNTUK MENJADI CALON BAHAGIAN PILIHAN RAYA
Dalam sistem pilihan raya di Malaysia, calon yang bertanding boleh mewakili sesuatu parti atau bertanding sebagai calon bebas. Seseorang itu layak menjadi calon dalam mana-mana pilihan raya jika memenuhi syarat berikut:
Ø  warganegara Malaysia;
Ø  berumur 21 tahun ke atas pada hari penamaan calon;
Ø  tinggal di Negeri di mana dia akan bertanding bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan dimana-mana dalam Malaysia bagi kerusi Parlimen; dan
Ø  tidak hilang kelayakan

Seseorang calon hilang kelayakan jika dia:
Ø  telah didapati atau diisytiharkan tidak siuman;
Ø  didapati seorang bankrap;
Ø  memegang jawatan berkepentingan 'office of profit';
Ø  gagal mengemukakan laporan perbelanjaan pilihan raya;
Ø  didapati bersalah oleh mahkamah di Malaysia dan dijatuhi hukuman penjara untuk tempoh tidak kurang dari 1 tahun atau denda tidak
kurang dari RM2000 dan belum mendapat pengampunan;
Ø  telah memperoleh kewarganegaraan asing.

Ø Bilangan kerusi/ kawasan
Ø Persempadanan Semula Bahagian-Bahagian Pilihan Raya
Ø Permulaan pilihan raya dan proses penamaan calon
Ø Deposit
Ø Penggunaan simbol
Ø Kempen
Ø Hari mengundi
Ø Barung SPR
Ø Kebenaran memasuki tempat mengundi
Ø Cara-cara mengundi
Ø Undi pos
Ø Pengiraan dan penjumlahan undi
Ø Petisyen pilihan raya
Ø Penyatan perbelanjaan pilihan raya
Ø Penyimpanan dan pelupusan






Sejarah Dan Perkembangan Pilihan Raya   
  •    Kawasan pilihan raya berubah dari semasa kesemasa disebabkan pertambahan penduduk.
  •   Pilihan raya pertama di Tanah Melayudijalankan pada tahun 1951 untuk MajlisPerbandaran Pulau Pinang, dan seterusnya pada tahun 1952 untuk Majlis Perbandaran Kuala Lumpur.
  •    Sewaktu pilihan raya Majlis Perbandaran Kuala Lumpur, Parti-Perikatan UMNO-MCA berjaya memenagi 9 daripada 12 kerusi.
  •   Dalam pilihan raya umum pertama pada tahun1955, Parti-Perikatan UMNO-MCA Berjaya memenangi 51 daripada 52 kerusi yang dipertandingkan.
  •    Isu utama yang diperjuangkan pada masa ituialah kemerdekaan dan permuafakatan antara kaum.
  •      Pilihan raya tahun 1959 dan 1969 pulamemusatkan pelaksanaan dasar kerajaan demikepentingan kaum masing-masing.
  •     Pilihan raya umum pada tahun 1964 dan 1974 pula memperlihatkan rakyat memperjuangkankepentingan kestabilan politik akibat masalah Konfrontasi Indonesia(1963) dan Peristiwa Rusuhan Kaum 13 Mei

SEJARAH PENUBUHAN SURUHANJAYA PILIHAN RAYA(SPR)
Ø  Tahun 1981 :  Pindaan ke atas Perkara 114 Perlembagaan dibuat.
                                : Untuk melantik seorangTimbalan Pengerus
                                : Encik Abdul Rahman Bin Abu Hassan(orang pertama mengisi jawatan              
                                  tersebut)
Ø  Tahun 2002 : Pindaan Perlembagaan diluluskan dan ditambah menjadi 7 orang Ahli  iaitu 1 Pengerusi,1 Timbalan Pengerusi dan 5 orang Ahli termasuk Sabah & Sarawak
Ø  Fungsinya  : untuk membentuk Urus Setia yang diketuai Setiausaha
Ø  Setiausaha berperanan : Ketua pentadbir bagi Urus Setia
                                       : Encik H Cassidy(setiausaha pertama yang dilantik)
Ø  Ibu pejabat : Bangunan Yayasan Selangor,Jalan Bukit Bintang,Kuala Lumpur.
Ø  Tahun  1085 : SPR brpindah ke Bangunan Tong Ah,Jalan P.Ramlee sehingga 1988
                         Kemudian berpindah pula ke ARAS 5-8 Menara Bank Pembangunan,
                         Jalan Sultan Ismail,Kuala Lumpur.
                         Sekarang bertempat di Putrajaya.
FUNGSI UTAMA SPR :
·         Membuat kajian dan persempadanan semula Bahagian-Bahagian Pilihan Raya Parlimen dan Negeri tidak kurang daripada 8 tahun selepas tarikh siapnya kajian
·         Menjalankan urusan pendaftaran pemilih dan semakan daftar pemilih
·         Menjalankan pilihan raya umum ke Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri
Dan menjalankan pilihan raya kecil sekiranya berlaku kekosongan.
Dasar SPR : memelihara,menyelia dan mengekalkan proses demokrasi di Negara ini melalui pilihan raya yang bebas dan adil





UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN PILIHAN RAYA
Bagi memudahkan pelaksanaan pilihan raya, beberapa undang-undang dan peraturan telah digubal untuk memastikan prosedur pilihan raya dipatuhi sepenuhnya. Undang-undang dan peraturan-peraturan yang digubal adalah seperti yang berikut:
i)Perlembagaan Persekutuan;
ii)Perlembagaan Negeri;
iii)Akta Suruhanjaya Pilihan Raya 1957
iv)Akta Pilihan Raya, 1958 (Akta 19);
v)Akta Kesalahan Pilihan Raya, 1954 (Akta 5);
vi)Peraturan-peraturan Pilihan Raya (Penjalanan Pilihan Raya) 1981;
vii)Peraturan-peraturan Pilihan Raya (Pendaftaran Pemilih) 2002;
viii)Peraturan-peraturan Pilihan Raya (Pengundian Pos) 2003.
  • Akta Polis 1967; Akta Hasutan 1958; Akta Rahsia Rasmi 1971;
          dan Akta Keselamatan Dalam Negeri, 1960.

Kesimpulan
Ø  Secara umumnya, banyak faktor yangmenentukan keputusan pilihan raya termasuk ketokohan calon, kekuatan partipolitik, dasar parti dan kerajaan yangmemerintah.
Ø  Pilihan raya penting kerana menunjukkansikap pengundi terhadap parti politikyangmemerintah dan parti pembangkang.
SUMBER RUJUKAN
Ø  http://www.spr.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=165&Itemid=241
Ø  http://www.spr.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=68&Itemid=98
Ø  http://www.bicaradariaku.com/2013/04/sejarah-pilihan-raya-umum-di-malaysia.html
Ø  http://jalalboy.blogspot.com/2013/12/tujuan-dan-fungsi-pilihanraya-diadakan.html
Ø  https://www.google.com.my/search?q=sejarah+pilihan+raya&source=lnms&tbm=isch&sa=X&ei=vQC8U9jvNoWwuASF6IC4Cw&ved=0CAYQ_AUoAQ&biw=1366&bih=673#facrc=_&imgdii=_&imgrc=RKUy8gC9z_e4HM%253A%3BAix1losmfeSAeM%3Bhttp%253A%252F%252F3.bp.blogspot.com%252F-NuX_2gz_Hfk%252FUXhogrtOP9I%252FAAAAAAAAXjs%252FX5wh5WV9Eu0%252Fs400%252F03%252BPilihan%252BRaya%252BUmum%252BKedua%252Bmrrizalpage.blogspot.com.jpg%3Bhttp%253A%252F%252Fmrrizalpage.blogspot.com%252F2013%252F04%252Fsejarah-pilihan-ray



 


1 comment:

  1. Informasi yang amat berguna untuk generasi IT

    ReplyDelete